Followers hananmusleemah

Thursday, October 6, 2011

TAHAJUD BUKAN MUDAH,,,PERLU MUJAHADAH

  • manisnya tahajjud apabila dikerjakan dengan hati yang ikhlas...
  • manisnya tahajjud apabila kita dapat bersendirian dengan Allah...
  • manisnya tahajjud apabila kita dapat menangis kerana Allah..
  • manisnya tahajjud apabila kita dapat melembutkan jiwa dengan zikrullah...
  • manisnya tahajjud di saat sujud memohon keampunan...
  • manisnya tahajjud apabila ditemani malam yang dingin...
  • manisnya tahajjud apabila disulami dengan perasaan kerdil...
  • manisnya tahajjud apabila diiringi dengan hati yang sarat dengan rindu...
  • manisnya tahajjud apabila mengadu kepada Allah...
  • manisnya tahajjud apabila ia jauh dr perasaan riak...
  • manisnya tahajjud apabila kita istiqamah....

Tuesday, September 27, 2011

Ustazah Pilihan ; Andalah Yang Saya Cari



“Program ini cari populariti semata-mata”
“Dah macam program realiti je, ada singkir-singkir”
Saya melihat program Imam Muda ini bakal melahirkan barisan pendakwah yang mudah didekati oleh setiap lapisan masyarakat. Apabila seseorang itu dikenali (popular) dalam kalangan masyarakat, maka secara tidak langsung pembawakan golongan ini sedikit sebanyak mampu memberikan pendedahan mengenai Islam. Bergantung kepada niat dan matlamat kita sendiri.
USTAZAH PILIHAN ; ANDALAH YANG SAYA CARI
“Salam, kak, jangan lupa masuk ujibakat ustazah pilihan. Kalo xnak, AF pun ada”
Mahu saja saya menghantar SMS ini ke peti mesej telefon dia. Sedikit perli. Saya mahu apakah respon dia.
Video teaser Ustazah Pilihan sudah mulai ke udara sejak akhir-akhir ini. Rata-rata ramai memberikan komen berbentuk negatif. Mereka tidak bersetuju atas pelancaran program ini.
Adakah program Ustazah Pilihan ini sehebat program Imam Muda? Apakah format program yang dibawakan oleh pihak penerbit? Mereka mencari 10 orang peserta berbakat untuk menyertai program Ustazah Pilihan. Ada yang membanding-bandingkan program Ustazah Pilihan dengan Gadis Melayu. Sangat jauh perbezaannya (:
Sebahagian lelaki mungkin menganggap,
“Rancangan ni bolehlah cari-cari calon isteri” Namun bukan itu masalahnya.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, ini bukan program ‘gedik-gedik’ untuk populariti atau mencipta nama, sebaliknya ia berkaitan agama dan semua aspek penting harus diambil kira.
Saya tak kata pun program ini program gedik-gedik. Sangat comel panggilan itu. Saya kurang bersetuju antaranya :
Sekiranya Wanita Itu Sudah Berkahwin
Pihak Astro Oasis memaklumkan wanita yang layak adalah dari wanita muda berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun.
a) Sudah semestinya wanita tersebut berada dalam lingkungan usia yang muda. Apabila gambar mereka ditayangkan di facebook, di copy paste, sudah pasti ramai yang akan memberikan komen berdasarkan rupa paras peserta program tersebut.
“Comelnya ustazah ni”
“Untungnya suami ustazah dapat orang macam ustazah”
Apakah perasaan si suami apabila melihat gambar isterinya dipertonton, dan mendapat komentar(facebook) dari peminatnya. Itu perasaan suami.
b) Peserta program Ustazah Pilihan juga bakal menempuhi alam kesibukan yang nyata. Undangan ceramah di sana sini. Terikat dengan kontrak pihak astro (jika ada). Di mana ruang kemesraan di antara suami dan isteri kian renggang. Mula dah timbul fitnah di antara mereka.
c) Apabila sudah memasuki ke bidang penyiaran, alat solek pasti tidak boleh tinggal. Kamera produksi perlukan pencahayaan. 
Kalau sebelum masuk, tudung labuh, tudung bidang enam puluh. Takut-takut keluar nanti jadi tudung ala-ala Fareeda yang harganya berpuluh-puluh.
“Apalah ustazah ni, dulu lain sekarang lain” Fitnah mendatang. 
Mendengar suara pun, imam masjid boleh tersungkur inikan pula melihat wajahnya.
BERFIKIR DUA KALI
Sengaja untuk tidak saya kupaskan mengenai  wanita yang belum berkahwin. Kondisinya tetap sama. Cuma sedikit berlainan. Saya mengucap syabas kepada pihak astro Oasis kerana peka dengan masalah umat pada hari ini. Penerbitan program ini perlu diperhalusi sebenarnya, bukan melihat kepada matlamat semata-mata, tetapi melihat kepada bagaimanakah cara melaksanakan matlamat tersebut. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.
“Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengethuinya”
( Surah al-Baqarah : 42)

Thursday, June 23, 2011

Adakah kamu mahu berfikir??

Bismillahirahmannirahim, dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha penyayang…

Cuba lihat gambar ini...




Cuba lihat gambar ini...


Mungkin gambar ini dilihat biasa,apakah perasaan jika kita melalui atau berada di tempat sebegini,panas kan?,mungkin tiada perasaan apa-apa,atau sekadar berfikir”oh ni rumah arang,biasalah panas,mana ada rumah arang sejuk”,

Tetapi tidak, bagi orang berfikir tentang akhirat serta azab allah,mereka membayangkan rumah arang yg diperbuat seperti iglu ini,seolah2 seperti neraka,neraka yang 70 kali ganda lebih panas dari api dunia,nauzubillah,dapatkah kita bayangkan betapa panas nya api neraka, dapatkah kita merasai betapa panasnya, bila kayu bakau penuh maka pintu akan disimen dan api dinyalakan berbulan – bulan dan kita dipaksa tinggal didalamnya..:(
Allah berfirman: : mereka tidak mati dan tidak hidup...
Apalah  sangat cercaan orang  jika kita amal agama, jika dibandingkan kesengsaraan api neraka,ingatlah waha i orang kufur,amatlah berat  seksaan bagi kamu  yang menghalangi serta mencaci  orang- orang berjihad di jalan allah.

Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya). Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka.

Serta ingatlah kita sebagai wanita,penghuni neraka yang paling ramai adalah di kalangan wanita, : apalah susah sangat tutup aurat dengan  sempurna berbanding dengan azab neraka, : belum dikira allah letak ular kala jengking dalam rumah neraka kita, bayangkan rumah dari api dan ular, tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?, bila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu, orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam Neraka yang menjulang-julang,maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahanam.  Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak, sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran Neraka.

Wahai wanita, : Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu , : Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). : (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal, : Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) ,  quran itu petunjuk... peta untuk org yang hendak selamat dan tidak mahu sesat.. bila didatangkan peta... tapi tidak mahu ikut...apakan daya...

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. : Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata, : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah,tetapi waktu tu dah terlambat.. alam ini penuh dgn 'ayat ayat kami'.yakni tanda- tanda kami bagi mereka yg mahu berfikir...

*ingatan untuk diri saya yang hina lagi lemah ini...

Friday, June 10, 2011

Kisah dari neraka

aKisah dari neraka.

(Kopi Pasta dari blog!) - Semoga jadi pedoman :)

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. 

Takkan saya lupakan selama-lamanya. 
Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. 
Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

Allahu Allah. Sila ambil iktibar. Semoga dijauhkan. Ameen Allahumma Ameen.

Wednesday, June 8, 2011

24 Tahun Menumpang Di BumiNYA.

Bismillah walhamdulillah…

Hari berganti hari. Begitu pantas rasanya masa menginjak pergi. Amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, sebagai hambaNYA bagaimana pula? Kadangkala rasa tak terkejar waktu yang pantas berlari.


Adakah sekadar mahu melihat waktu berlalu sedangkan diri tidak mahu turut membuat langkahan?


Kini sudah 24 tahun. Di usia 24 tahun, diri ini kini seorang pekerja, seorang anak. Tentunya perlu disiapkan diri dengan kematangan, bekalan buat meneruskan kehidupan yang semakin banyak ujian dan dugaan. Semoga Allah permudahkan.

Angka 24 dilihat begitu besar. Sudah tuakah diri ini? Itu tak penting. Persoalan yang lebih penting, apakah dan berapa banyakkah amal kebaikan yang telah dilakukan selama 24 tahun? Allah…

Bertambahnya umur bermakna semakin dekat dengan kematian. Mesti terus mempersiapkan diri dengan bekalan untuk bertemuNYA. Semoga nikmat umur yang dikurniakan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Semoga terus ke arah redhaNYA, ke arah pengakhiran yang baik, husnul khatimah. Ameen…

"Sebaik-baik manusia itu adalah orang yang diberikan Allah umur yang panjang dan umur itu dikerjakan dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikan, dan seburuk-buruk manusia ialah orang yang diberikan Allah umur yang panjang tetapi dia pergunakanya membuat kejahatan." (Hr .Ahmad)



8 Jun 2011. Selamat hari lahir buat diri sendiri yang semakin tua!

Thursday, May 26, 2011

PETUA MENCUCI HATI


alt
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)