Followers hananmusleemah

Thursday, February 17, 2011

UJUB ZAMAN MODEN



Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Alllah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat,untuk menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama dari orang lain,berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti " Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia ..."

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh -contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. BLOG & FOLLOWERS

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan ' blogger '. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun followers yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan ' followers ' menyebabkan diri mereka terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya ' followers '. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan ' followers ' atau seronok kerana melihat JUMLAH ' followers ' yang banyak ?

2. ' Like ' di FACEBOOK

Post ' status ' di laman sosial Facebook. Ramai pula yang yang tekan ' like '. Apabila ramai yang ' like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas ! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindak balas yang memberangsangkan pada ' post ' kita di facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen gambar di facebook

Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak , ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian,mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

5. Ramainya Kawan / peminat di Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,malah jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati !

6. Berdakwah di facebook

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah di tengah-tengah rakan facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Yang dibimbangkan di sini,apabila kita berdakwah , kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie !

Jadi, berhati-hatilah dengan hati ! Semoga kita dilindungi Allah drpd penyakit2 hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izin- Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ♥

7 comments:

FazMelati said...

Nice entry "Ujub Zaman Moden"

Kadang2 itulah kita tak sedar apa yang kita buat dengan teknologi moden ni kan?

kita saja yg membentuk sahsiah diri kita,..

CS said...

Assalamualaikum ayu,
dunia tanpa sempadan,
dunia tanpa sedar,

***moga dijauhkan dr hanyut dunia,,,

Marina Ali said...

Assalamualaikum adek,suka akak baca entri adek, bagus untuk peringatan, InsyaAllah kita akan saling ingat mengingati,Jazakillah untuk adek,kalau rajin singgahlah blog akak ye :)An nasuha Tawakal Illallah

ahLia shahril said...

salam..

a;ah la kn.. tak tersedar lak ujub dalam keadaan-keadaan begitu..

nauzubillah

Bijen M. said...

Wahh nice gambar cekelat berkenaan!

Uhh.
Ya Allah, lindungilah kami dari sifat mazmumah ini.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam Ayu
Moga Allah pelihara. Cas iman slalu.

fuad ansari said...

terima kasih atas peringatan.. moga Allah pelihara niat kita...

p/s:niat menentukan nilai amal..