Followers hananmusleemah

Thursday, August 12, 2010

adik......

Adikku belajar berpuasa.......

'Tahun ni adik nak puasa penuh la kak'....bait2 ucapan adikku sebelum menjelang ramadhan....
walaupun sudah 7 thn umurnya masih lagi nak belajar berpuasa,,,
sewaktu ku seusia dengannya sebulan puasa ku tidak pernah tinggal walaupun sehari

Semalam.....'Puasa x dek?',,,"adik x puasa hari ni kak, adik sakit perut, sahur tadi adik x makan..pukul 10 pg tadi adik dah berbuka puasa "
Adik- adik, tak mengapalah adik, mungkin ini kali pertama kamu berpuasa ,perutmu tak tahan lapar,,
mungkin ada sedikit kekecewaan dihatiku yang mengharap adik berpuasa ...

Mungkin adik anak bongsu yang sering dimanjakan?..Ingatlah wahai adik, latih dirimu sekarang , kelak kamu akan terus berpuasa, bukan sahaja berpuasa menahan lapar tapi berpuasa menahan nafsu....

ku amat menyayangimu wahai muhammad akmal daniel bin samsudin...

Ramadhan kali ini…….



Biarlah ramadhan kali ini,merupakan ramadhan yang paling bermakna dalam hidup ku ini,,,

Biarlah malam2 ku ini, dibasahi dengan air mata keinsafan ,

Biarlah lidah2 ku ini hanya berzikir dan meniliti tiap bait2 ayat al-quran

Biarlah sujudku ini dengan bertahajjud dan bertaubat kepada mu ya allah

Biarlah siang2 ku ini,,dengan berdiam diri,bukan hanya menahan nafsu lapar, tetapi nafsu hatii……

Biarlah malam2 ku ini hanya tunduk padamu ya allah....

CINTA....dimanakah kesudahannya

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik:SemuanyaHanyalah Plastik
Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebihke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada
pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada
rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yangrapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya
tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta
yang bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebihke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kiraapa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wangkepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip didalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik
sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan ,peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidakpernah berdating. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman
itulah cinta yang sebenarnya.

Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda
dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.
Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak
sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu
atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat
mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan,
keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar
memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.



Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang
beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin
memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman,
perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat
percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah
baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di
dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakana Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya makaitulah yang berlaku di dalam diri Nur

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda
menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan
agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita.
Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita
mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada kearah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri.


Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga
diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman
mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak.
Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati nurani iman yang
cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu"
tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta
biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan
faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanyaorang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orangyang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yanginginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulahsebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidupbersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalahmempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agamadalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

ya allah terimalah taubat ku...




Taubat Nasuha

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justeru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."

Merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.

Tepatlah kiranya firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133, "Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".

Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa mendatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".

Di bulan pengampunan, Ramadhan yang "Syahrul Maghfirah" ini adalah saat yang tepat untuk kita bertaubat. Bagi yang sudah bertaubat mari memperbarui taubatnya dan yang belum taubat mari bergegas kepada ampunan Allah. 10 hari kedua bulan Ramadhan merupakan masa maghfirah (ampunan) sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Abu Haurairah "Ramadhan, awalnya Rahmah, pertengahannya Maghfirah, dan akhirnya dibebaskan dari api neraka" (H.R. Ibnu Huzaimah).
Selamat menjalankan ibadah puasa.

Carilah Penawar Bagi Hati yang Tidak Tenteram




Salah satu nikmat yang amat berharga kepada kehidupan manusia ialah memiliki jiwa yang tenang, jiwanya sentiasa tenang dan berbahagia dalam mengharungi liku-liku kehidupan hariannya. Dia mampu tersenyum apabila menghadapi segala kerenah walaupun apa yang dilaluinya itu sangat mencabar. Baginya tidak ada sebarang kesusahan dalam kehidupan melainkan semuanya indah dan manis belaka.



Jiwa yang tenang bermaksud jiwa yang tidak dihinggapi dengan penyakit–penyakit jiwa yang tercela. Jiwanya tidak ada perasaan keluh–kesah, putus asa, hasad dengki, dan pelbagai lagi sifat–sifat negatif yang tercela atau dikenali sebagai ‘sifat–sifat mazmumah’. Sebaliknya jiwanya dilimpahi dengan sifat–sifat terpuji, yang diredai Allah Taala, atau dikenali sebagai ‘sifat–sifat mahmudah’. Semua cabaran kehidupan dihadapi dengan pandangan dan sikap yang positif.


Hidup manusia akan berada dalam dua medan perjuangan, perjuangan untuk melepaskan diri daripada sifat–sifat tercela dan memupuk sifat–sifat yang terpuji bagi melahirkan jiwa yang tenang.Semua pihak mengakui penyakit–penyakit jiwa atau dalam bahasa modennya dikenali sebagai ‘gangguan psikologi’ adalah penyakit atau masalah yang memerlukan rawatan segera dan bersungguh–sungguh. Jika diabaikan, akibatnya amat buruk sekali kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Semuanya mengundang kepada porak- peranda dalam kehidupan.



Salah satu faktor yang menyebabkan jiwa tidak tenteram ialah perasaan berdukacita terhadap peristiwa pahit masa silam, tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku pada masa kini dan bimbangkan masa hadapan yang akan ditempuhi. Mereka selalu merintih dengan kata–kata “ kalau aku buat begitu dan kalau aku buat begini, tentu aku jadi begitu dan begini”. Ungkapan seumpama ini sebenarnya membuka ruang kepada syaitan untuk menguasai jiwa manusia.



Menyedari betapa bahayanya jiwa yang tidak tenteram kepada manusia maka penyakit ini perlu dirawat dengan secepat yang mungkin. Bagi seorang Muslim mukmin, perlu menyedari bahawa penawar terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini ialah al-Quran. Allah Taala sendiri menjelaskan: “Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu al-Quran yang menjadi penasihat (pengajaran ) daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin (jiwa ) yang ada di dalam dada kamu serta menjadi petunjuk (hidayah ) untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57)



Al-Quran memberi petunjuk kepada manusia tentang cara–cara untuk merawat jiwa yang tidak tenteram. Bahkan amalan membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran itu sendiri sudah mampu mententeramkan jiwa–jiwa manusia. Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut: “Tidak berkumpul sesuatu kaum di dalam sesebuah rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kepadanya Kitab Allah (al-Quran) dan membincangkannya bersama–sama, melainkan turun ke atas mereka ‘as-sakinah’ (ketenangan) dan diliputi mereka dengan rahmat dan dinaungi mereka oleh para malaikat dan Allah menyebut amalan mereka itu di hadapan makhluk Allah yang ada di sisi-Nya.” (Riwayat Bukhari )



Antara cara pencegahan utama bagi penyakit jiwa yang ditunjukkan oleh al-Quran ialah menguatkan diri dengan iman, sembahyang dan berzikir kepada-Nya. Golongan yang tidak memahami hikmah dan kepentingan sembahyang, tentu mereka melalaikannya. Malah mereka tidak akan menjiwai betapa tenteramnya hati yang sedang bermunajat serta berbicara dengan Allah, tanpa melalui sebarang perantaraan. Sembahyang adalah detik–detik peningkatan kerohanian di mana orang yang bersembahyang terasa lapang dan lega dari tekanan hidup. Dengan sembahyang ia dapat meringankan malapetaka dan penderitaan yang dialami selama ini.



Sebenarnya, apabila membicarakan tentang penyakit-penyakit jiwa, kita bercakap soal ‘sunnatullah’ terhadap makhluk ciptaan-Nya. ‘sunnatullah’ adalah suatu yang pasti berlaku dalam kehidupan ini. Manusia perlu memahami sunnah ini dan segala jalan penyelesaiannya mestilah mengikut ‘sunnatullah’ yang telah ditetapkan. Apabila manusia ditimpa pelbagai masalah psikologi ini, mereka menggunakan pelbagai pendekatan untuk merawatnya ada yang berjaya, ada yang gagal. Bagi yang telah berjaya, ada kalanya penyakit itu datang kembali. Yang gagal, jiwanya semakin tertekan dan hidupnya semakin merana. Maka teori-teori baru dicuba, namun kesannya hanya sementara. Semua ini adalah kesan tidak mempedulikan penawar sejati bagi masalah ini.



Carilah damai di hati dengan menjadikan iman sebagai penawar yang amat mujarab. Bekalan iman perlu digandakan sesuai dengan bertambahnya cabaran dan godaan yang mesti dilalui oleh kita. Yakinlah, ‘ penawar Ilahi’ adalah ‘sunnatullah’ untuk merawat segala masalah yang berkaitan dengan jiwa yang tidak tenteram.

kembali...

assalammualaikum.....sudah lama agaknya tidak menulis.......umpama barang lama yang sudah usang....tiba- hatiku terdetik untuk menulis semua...mungkin ad seorang teman yang begitu memberi semangat tuk ku menulis semua...
semua catatan hati ku hanya tersimpan rapi di laptopku...hanya tuk dibaca tuk diri ku sendiri...hari ini ku mendapat kekuatan untuk itu...tuk menulis semua (macam berat je bunyi nye :) ) tapi hanya artikel- artikel yang ku rasakan menarik tuk di kongsikan....