Followers hananmusleemah

Tuesday, October 26, 2010

Seandainya telah Engkau ciptakan..

Seandainya telah Engkau ciptakan....
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah Hatinya dengan hatiku..
Janganlah cintaku melebihi cintaku padamu ya allah...

Saya bertanya kepada emak,
“mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.

“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “…begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung,
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak, kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak.
Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah..

Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..”

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

ketawa mematikan hati....

Sejak kebelakangan ini, sy banyak ketawa,dan kerana terlalu banyak ketawa itulah telah membuatkan sy melakukan satu kesilapan, satu kecuaian yang membuatkan  saya rasa khilaf...kerana ketawa itulah sy lagha...terlalu bergembira,,,sehinggakan memakan diri sendiri...memang benar ketawa itu mematikan hati...

artikel dibawah yg sy ambil dari sebuah blog untuk pengisian dan peringatan bersama....


Hati menjadi beku, mati akibat ketawa melampau




SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan. Ketawa pula selalu menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasai.


Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan umat Islam dipandang rendah martabatnya oleh orang lain. Ini menyingkap sirah Rasulullah ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan bersama Nabi Muhammad di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal berperang dengan kekuatan tentera musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu,

Allah berfirman bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” (Surah at-Taubah: 82).
Jelas daripada maksud ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku keadaan yang melampau.
Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan akan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.
Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.


Thursday, October 21, 2010

soleh- solehah?????

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI

Wednesday, October 20, 2010

Alhamdulillah....

assalammualaikum...alhamdullilah bersyukur,gembira,ya allah rasa bertuah sangat...SAYA DAH PERGI TAKLIM..dengan izin allah akhirnya pada ahad lepas berjaya ke taklim di puchong...
pertama kali berjumpa dengan kak aliaazuan, sungguh baik orangnya..pertama kali berjumpa dengan ahlia2 disitu rasa diri ini kerdil ...sungguh baik akhlak mereka...berdebar pada mulanya,tapi bila dah melalui majlis taklim, rasa ketenangan datang...
memang pada mulanya terfikir,bagaimana majlis taklim ni,tapi bila diri sendiri dah lalui,wah tak terkata seronoknya....sungguh indah majlis taklim ni rupanya...alangkah baiknya kalau ibuku pun turut serta...
tidak sabar nak menunggu next taklim..moga ku istiqomah dan terus istiqomah untuk turut serta dalam majlis yang mulia sebegini....aminnn.....

Tuesday, October 19, 2010

wahai hati!!!!!!!


Pernahkah kita merasakan begitu sukar untuk bangun bertahajud,bermunajat kepadaNya?
Pernahkah kita merasakan begitu berat untuk menyelak lembaran suci Al Quran?
Pernahkah kita merasakan solat kita hanyalah mendatangkan penat semata?

Jika YA,maka hati kita sedang menghadapi penyakit.



Penyakit hati 

"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang disebut nama Allah,maka gementar hatinya dan apabila dbacakan ayat ayat Nya kepada mereka ,maka bertambah kuat imannya,dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"[8:2]

Jika secara fizikal dilihatkan,jantung sebagai organ utama dalam menentukan kehidupan sesorang manusia.Jantung berhenti,riwayat hidup kita juga berhenti.Akan tetapi ayat di atas menekankan mengenai Qalbu iaitu hati.Maka bertepatanlah dengan hadis Rasulullah,

"Ketahuilah bahawa dalam jasad seseorang itu ada segumpal daging,bila ia baik,maka baiklah seluruh jasad,dan bila ia rusak,maka rusaklah seluruh jasad,ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati"[HR Bukhari wa Muslim]

Begitulah peranan daging yang bernama hati itu.Antara kondisi hati yang digariskan adalah hati yang hidup,hati yang mati dan juga hati yang berpenyakit.

Dalam kesempatan ini,insyaallah saya lebih menumpukan kepada hati yang berpenyakit ini.Kita dilahirkan dalam keadaan bersih ,hati yang suci.Pabila menginjak dewasa,mula mengenali dunia yang fana ini,maka hati kita semakin tidak sihat,Ada sahaja penyakit yang dihadapinya.Dan antara sebab sebab utama penyakit hati ini adalah maksiat maksiat yang dilakukan telah menimbulkan titik hitam dan kelak akan menyelaputi hati yang bersih itu.Dan ketahuilah,maksiat itu bukanlah seperti apa yang difikirkan oleh masyarakat.Maksiat=perbuatan related to sex sahaja.Maksiat ini lebih luas skopnya.Mata kita boleh bermaksiat,tangan kita juga boleh bermaksiat dan macam macam lagi.

Kesan hati berpenyakit




Pertama sekali dan point penting saya nak sebut ialah hati berpenyakit ini pasti akan menjejaskan hubungan kita dengan Allah.Line terpenting yan paling utama perlu dijaga.Bila hubungan dengan Allah terjaga,maka pasti kesemua urusan juga terjaga.Ianya adalah mustahil bagi seseorang untuk melakukan ketaatan dan kemungkaran dalam masa yang sama.Dan kemaksiatan itu pasti akan menghakis dan menghilangkan terus sisa sisa ketaatan dalam diri kita.

"Tidak berzina seseorang penzina sedangkan dia dalam beriman"[Muttafaqun Allaih]

Maka maksudnya di sini,maksiat itu akan mengusir terus nilai nilai ketaatan dalam diri kita.

Keduanya,hilanglah ilmu di dada.Pasti kita pernah merasa keadaan di mana info info atau ilmu ilmu yang dipelajari tiba tiba hilang dari ingatan.Bagi yang menghafaz Al Quran,tiba tiba lupa dan menjadi was was dengan bacaannya.Ini mungkin akibat dari maksiat yang kita lakukan.Iman Syafie dipuji akan kehebatan dan kepandaian dalam bidang ilmu.Maka gurunya berkata"Allah menyiratkan cahaya(ilmu) ke dalam dadamu,maka janganlah kamu padamkan ia dengan maksiat"

Dan ketiganya,apakah kita masih mahu bermaksiat,menggunakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?Kaki,tangan,mata,telinga,lidah dan juga nikmat nikmat lain.Allah telah memberi amaran/peringatan dalam surah Ar Rahman dimana ayat "Fabiiayyilaaairabbikuma tukazziban" telah diulang sebanyak 31 sekali.Ayat yang membawa maksud,"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan" ditujukan kepada kita yang sering menyalahgunakan nikmat yang diberikan.Ingatlah bahawa setiap anggota akan bertanggungjawab dan menjadi saksi buat kita di akhirat kelak.

Cara membersihkan hati


Perbaiki hati kita yang mungkin telah rompong dan rosak akibat dihentam maksiat maksiat saban hari.Kasihanilah hati kita yang terpaksa dilitupi dari cahaya yang menjadi idaman oleh setiap hati.Banyak cara dan hadis hadis berkenaan cara pembersihan hati.Antaranya

"Hati boleh berkarat sebagaimana besi berkarat"Sahabat bertanya,"bagaimanakah mahu menyucikannya ya Rasulullah?"Baginda menjawab"Dengan membaca Quran danmengingati mati"


Dalam buku Jangan Biarkan Hati Mati Berkali Kali tulisan Muhammad Al Bani telah menggariskan beberapa cara untuk membersihkan hati.Antaranya:


1)Bacalah Al Quran
2)Beristigfar
3)Berdoa
4)Selawat
5)Solat malam

Hadirlah secara kerap ke majlis majlis ilmu ataupun halaqah.Ianya penting dalam merefreshkan kembali iman kita dan sekaligus memberi peringatan buat kita yang mungkin terlalai dibuai keseronokan dunia.

"Tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Dan akhir sekali,sentiasalah bertaubat.Kita mungkin melakukan maksiat dalam keadaan sedar tidak sedar.Jadi bertaubatlah setiap masa.Segerakan bertaubat

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan dapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa"[3:133]

Jangan pernah kita berputus asa dari Allah.Allah akan membuka tanganNya pagi dan malam untuk menerima taubat hambaNya dan Allah amat menyukai orang orang yang bertaubat.


Penutup


Iman itu naik dan turun.Tiada siapa yang dapat nafikan.Tetapi yang penting,bagaimana cara kita untuk atasi penurunan itu

"kecuali orang orang yang memperbaiki diri dan berpegang teguh pada agama Allah dan tulus ikhlas menjalankan agama kerana Allah....[4:146]

"Wahai orang  orang beriman.Bertaqwalah dan carilah wasilah untuk dekatkan diri kepadaNya.."[4:35]

Mari berusaha kawan kawan.Di saat hati berpenyakit,iman pula menurun mendadak,ianya adalah sebuah saat saat yang begitu sukar untuk dilalui.Hati gundah gulana.Dan pada doktor doktor ummah ataupun daie',saat inilah paling mencabar.Mereka bertanggungjawab merefresh iman anak halaqah tetapi iman diri sendiri juga belum stabil.Dan sebab itulah kita tidak boleh menunggu iman kita menaik semula,tetapi kita yang perlu cari jalan untuk menaikkan kembali iman.Pohonlah doa agar Allah beri kekuatan untuk menghadapi dugaan yang begitu mencabar di kala ini.Insyaallah.Bantuan Allah pasti tiba.Dan apa yang penting ? redha Allah.!!

Friday, October 15, 2010

Taklim......

Macam- macam perasaan, tak dapat nak gambarkan macam mana.SMS dari kakalia membuatkan hatiku berbunga-bunga ..tapi minta allah permudahkan saya dapat menghadiri taklim pada minggu ni...sebenarnya sudah banyak kali rancangan nak ke taklim ini tertangguh,sibuk dengan urusan dunia...terima kasih pada kak aliaazuan yang sentiasa memberi kata-kata semangat...zai juga...cemburu dengan zai yang sudah banyak kali menghadiri taklim ditempatnya...moga allah pilih saya...aminnnnn.......

Tips Kesempurnaan Iman

1) BERSYUKUR APABILA BOLEH NIKMAT

2) BERSABAR APABILA MENDAPAT KESULITAN

3) TAWAKKAL APABILA MERENCANAKAN SESUATU

4) IKHKLAS DALAM SEGALA AMAL PERBUATAN

5) JANGAN MEMBIARKAN HATI LARUT,TENGGELAM DALA KESEDIHAN

6) JANGAN MENYESAL ATAS SESUATU KEGAGALAN

7) JANGAN PUTUS ASA DALAM MENGHADAPI KESULITAN

8) JANGAN RASA TERGUGAT DENGAN KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN ORANG LAIN

9) JANGAN BERHASAD DAN IRI HATI ATAS KEJAYAAN ORANG LAIN

10) JANGAN SOMBONG BANGGA DIRI ANDAI BEROLEH KEJAYAAN

11) JANGAN TAMAK TERHADAP HARTA

12) JANGAN TERLALU MENGEJAR SESUATU KEDUDUKAN

13) JANGAN HANCUR KERANA KEZALIMAN

14) JANGAN GOYAH KERANA FITNAH

15) JANGAN MEMASANG KEINGINAN TERLALU TINGGI MELEBIHI KEMAMPUAN DIRI SENDIRI

16) JANGAN CAMPURKAN HARTA DENGAN HARTA YANG HARAM

17) JANGAN SAKITI IBU BAPA SAMADA SECARA FIZIKAL ATAU MENTAL

18) JANGAN USIR ORANG YANG MEMINTA-MINTA

19) JANGAN SAKITI ANAK YATIM

20) JAUHKAN DIRI DARI DOSA- DOSA BESAR

21) JANGAN MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DOSA KECIL

22) JANGAN MUDAH PERCAYA PADA RAMALAN MANUSIA

23) JANGAN TERLAMPAU TAKUT JIKA HIDUP MISKIN

24) BANYAKLAH BERKUNJUNG KE TEMPAT IBADAT DAN ILMU

25) SOLAT DENGAN IKHALS DAN KHUSYUK

26) LAKUKAN SOLAT FARDHU DI AWAL WAKTU & BERJEMAAH

27) BIASAKAN DIRI DENGAN SOLAT MALAM

28) BANYAK ZIKIR & DOA KEPADA ALLAH S.W.T

29) LAKUKAN PUASA WAJIB & SUNAT

30) AMBIL BERAT DAN HORMATI FAKIR MISKIN

31) JANGAN ADA RASA TAKUT KECUALI HANYA PADA ALLAH S.W.T

32) KAWAL KEMARAHAN

33) JIKA CINTAI SESEORANG BERPADA-PADALAH

34) BERSATULAH KERANA ALLAH & BERPISAH JUGA KERANA ALLAH

35) LATIH DIRI UNTUK BANYAK BERFIKIR

36) JIKA BERJANJI PENUHI JANJI,JIKA GAGAL SEGARA MOHON MAAF

37) JANGAN SUKA BERMUSUH DENGAN MANUSIA KECUALI IBLIS

38) HORMATI SEMUA ORANG TIDAK KIRA TUA MUDA MISKIN ATAU KAYA

39) JANGAN TERLALU TAKUT KEPADA MANUSIA

40) JANGAN SOMBONG TAKBUR DAN BESAR KEPALA

41) ADIL DALAM SEGALA URUSAN

42) BIASAKAN DIRI BERISTIGHFAR & BERTAUBAT KEPADA ALLAH

43) BERSIHKAN RUMAH ATAU ELAKKAN PATUNG-PATUNG SEBAGAI PERHIASAN KEDIAMAN

44) HIASI KEDIAMAN DENGAN BACAAN AL-QURAN

45) JALIN SILATURRAHIM DENGAN LEBIH RAMAI ORANG

46) BERPAKAIAN MENUTUP AURAT SESUAI DENGAN PETUNJUK ISLAM

47) BERSEMBANG BERBUAL BERCAKAP SECARA SEDERHANA DAN BERPADA

48) MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JIKA SUDAH TIBA MASA 

49) HARGAI MASA & BERDISIPLIN DENGAN WAKTU

50) BIASAKAN HIDUP BERSIH TERTIB & TERATUR

51) JAUHKAN DIRI DARIPADA PENYAKIT BATIN(HATI)

52) LUANGKAN MASA UNTUK BERSANTAI DENGAN KELUARGA

53) MAKANLAH SECUKUP NYA

54) HORMATI GURU & ORANG BIJAK PANDAI

55) SERING BERSELAWAT KE ATAS NABI S.A.W

56) MENGHARGAI & MENCONTOHI SIRAH,KELUARGA & SAHABAT RASULULLAH

57) JANGAN TERLALU BANYAK BERHUTANG

58) ELAKKAN DIRI DARIPADA TERLALU MUDAH BERJANJI DENGAN SESIAPA PUN

59) SELALU MENGINGATKAN DIRI MENGENAI KEMATIAN DAN SEDAR BAHAWA KEHIDUPAN DUNIA ADALAH SEMENTARA

60) JAUHKAN DIRI PERBUATAN TIDAK BERFAEDAH SEPERTI BERSEMBANG KOSONG

61) BERSAHABAT DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH & BIJAK

62) SERING BANGUN DI PENGHUJUNG MALAM BERDOA & BERISTIGHFAR

63) LAKUKAN IBADAT HAJI & UMRAH APABILA BERKEMAMPUAN

64) MAAFKAN ORANG LAIN YANG BERBUAT SALAH KEPADA ANDA

65) JANGAN BERDENDAM & JANGAN ADA NIAT UNTUK MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN JUGA

66) JANGAN MEMBENCI SESEORANG HANYA KERANA DIA TIDAK BERSEFAHAMAN & SEPENDIRIAN DENGAN KITA

67) JANGAN BENCI KEPADA ORANG YANG MEMBENCI ANDA

68) BELAJAR UNTUK BERTERUS TERANG DALAM MENENTUKAN SUATU PILIHAN

69) RINGANKAN BEBAN ORANG LAIN & MEMBANTU MEREKA YANG BERADA DALAM KESULITAN

70) JANGAN MELUKAI HATI ORANG LAIN SAMADA SECARA FIZIKAL @ MENTAL

71) JANGAN BIASAKAN DIRI BECAKAP BOHONG

72) BERLAKU ADIL WALAUPUN KITA SENDIRI MUNGKIN AKAN RUGI

73) JAGALAH AMANAH DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

74) LAKSANAKAN SEGALA TUGAS DENGAN PENUH KEIKHLASAN & KESUNGGUHAN

75) HORMATI ORANG LAIN YANG LEBIH TUA

76) JANGAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN 

77) LIHAT ORANG YANG LEBIH MISKIN MAKA BERSYUKURLAH(KERANA KITA LEBIH BERUNTUNG DARIPADA DIA) LIHAT PULA ORANG YANG LEBIH BERJAYA MAKA CONTOHILAH DIA

78) AMBIL PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN ORANG ARIF & BIJAKSANA

79) SEDIAKAN WAKTU & RUANG UNTUK MERENUNG APA-APA YANG SUDAH DI LAKUKAN(MUHASABAH DIRI)

80) JANGAN SEDIH KERANA DIRI ANDA MISKIN & JANGAN SOMBONG KERANA KAYA

81) JADILAH MANUSIA YANG SELALU BERMAFAAT KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA

82) KENALI KEKURANGAN DIRI DAN KENALI PULA KELEBIHAN ORANG LAIN

83) JANGAN MEMBUAT ORANG LAIN MENDERITA DAN SENGSARA

84) BERCAKAP HAL YANG BAIK-BAIK SAHAJA JIKA TIDAK..DIAM

85) HARGAI KEJAYAAN DAN PEMBERIAN ORANG

86) JANGAN HABISKAN WAKTU UNTUK SEKADAR BERHIBURAN DAN BERSENANG LENANG

87) AKRABKAN DIRI DENGAN SEMUA ORANG WALAUPUN ORANG YANG TIDAK MENYENANGKAN

88) PILIH WAKTU SESUAI UNTUK BERSUKAN YANG SESUAI DENGAN NORMA AGAMA DAN KEMAMPUAN DIRI

89) JANGAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MENGGANGU DAN MENJEJASKAN KESIHATAN JASMANI ATAU FIKIRAN

90) IKUTILAH NASIHAT ORANG-ORANG YANG ARIF DAN BIJAKSANA

91) PANDAI-PANDAILAH UNTUK MELUPAKAN KESALAHAN ORANG DAN PANDAI-PANDAILAH UNTUK MELUPAKAN JASA KITA

92) JANGAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MENYEBABKAN ORANG LAIN TERGANGGU DAN JANGAN
BERKATA SESUATU YANG BOLEH MENYEBABKAN ORANG LAIN RASA TERHINA

93) JANGAN CEPAT PERCAYA KEPADA CERITA JELEK YANG MENGENAI TEMAN-TEMAN ANDA SEBELUM ANDA PASTIKAN SENDIRI KESAHIHANNYA

94) JANGAN BERTANGGUH UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DAN KEWAJIPAN

95) SAMBUTLAH HULURAN TANGAN ORANG LAIN(PASTIKAN AURAT) DENGAN PENUH KEAKRABAN DAN KERAMAHAN TETAPI TANPA BERLEBIHAN

96) JANGAN MEMAKSA DIRI UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG DI LUAR KEMAMPUAN DIRI

97) WASPADA AKAN SETIAP UJIAN CABARAN GODAAN DAN TENTANGAN.JANGAN LARI DARI KENYATAAN KEHIDUPAN

98) YAKINLAH BAHAWA SETIAP KEBAJIKAN AKAN MELAHIRKAN KEBAIKAN.SETIAP KEJAHATAN PULA AKAN MELAHIRKAN KEROSAKKAN

99) JANGAN BINA KEJAYAAN ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN DAN JANGAN BINA KEKAYAAN ATAS MEMISKIN KAN ORANG LAIN

100) YAKIN AKAN BANTUAN ALLAH DAN YAKIN DIA HANYA DIA TEMPAT MENGADU TERBAIK


sumber dari sebuah blog