Assalamualaikum wbt. Dalam dunia ini, semua orang mahukan kecantikan dan kelihatan cantik. Yangperempuan, mahukan wajah yang putih bersih, bentuk badan yang menarik, pakaian yang canggih-canggih, tudung yang berbatu-batu - agar nampak cantik di mata manusia. Yanglelaki, mahukan tubuh yang maskulin, rambut yang mengikut gaya dan fesyen terkini, bercermin mata hitam - agar wanita yang terpandang akannya, bergetar hatinya.
Kelakar kan?
Kalaulah mereka faham bahawa kecantikan itu bukanlah pada paras wajah semata-mata. Cantik itu konteksnya sangat luas. Cantik itu membawa makna yang sangat subjektif. Manusia sering saja risau akan rupa paras yang dirasakan tidak cantik atau tidak menarik. Maka dicalitnya warna-warni seakan pelangi agar kononnya nampak menarik dan manusia lain lebih tertarik. Ah, calitan itu sebenarnya tidak pernah menambah kecantikan malah ianya satu penipuan yang hodoh. Cantik sangatlah tu?
Usah risau dengan rupa paras yang kurang menarik kerana ia bukanlah kayu ukur kecantikan.
Jadi, apakah kayu ukur sebenar?
Mari kita lihat hadis ini :
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati kamu dan amalan kamu" (HR Imam Ahmad.)
HATI.
Hati itulah yang dipandang oleh Allah. Tidak kiralah siapa kita. Ratu cantik? Miss Universe? Pelakon? Pengacara? Si Bongkok? Si Hodoh? Tidak kira siapa.
Jadi, bodohlah bagi mereka-mereka yang menjaga rupa paras, wajah, pakaian, gaya, bentuk badan dan segalanya semata-mata memenuhi pandangan manusia. Bermodalkan berjuta untuk bersolek dan berfesyen, tetapi tiada harga di Mata Sang Pencipta. Rugikan? Rugi!
HATI. Ya,hati itulah yang dipandang oleh Allah. Sama ada elok mahupun cacat. Sama ada cantik atau hodoh. Kerana hati itu kunci jasad.
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah HATI" (HR Muslim.)
Lihat, hati itu bagaikan raja di dalam jasad. Jika elok raja tersebut, maka eloklah pimpinannya. Jika rosak raja tersebut, rosaklah keseluruhan pimpinannya.
Untuk menjaga jasad kita, kita perlulah menjaga hati. Jika inginkan wajah yang elok, elokkanlah hati. Jika inginkan akhlak yang cantik, cantikkanlah hati.Segalanya bermula dari hati.
Kenalilah hati kita dengan belajar, beramal dan mendampingi ulama'. Didiklah ia dengan Quran dan Sunnah. Berilah makan dengan berzikir dan mengingati Allah. Peliharalah ia dari hasutan syaitan. Buangkanlah karat-karat di hati agar peribadi kita berkilat tanpa karat. Sinarnya nanti, akan berkilau memancar dan memikat sesiapa sahaja. Wajah itu cerminan hati.
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati. Tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan pada-Mu"
Assalammualaikum.....Semoga berada dalam lindungan allah...
Sebagai manusia yang mangaku Islam, berbaik sangkalah kita sesama saudara seagama kita. Bukan kita yang menentukan sama ada seseorang itu masuk syurga atau neraka, tetapi Allah yang menentukannya. Hati manusia ini boleh dibolak-balikkan oleh Allah sekejap sahaja. Buanglah sikap kita yang sentiasa menghukum seseorang.
Contohnya kita melihat orang yang meminum arak, lalu kita terus membuat kesimpulan bahawa dia akan ke neraka. Ingat, hidayah itu milik Allah s.w.t. Sepatutnya sebagai saudara mereka, kita perlu mendampingi mereka dan membimbing mereka kearah jalan yang diredhai Allah. Kepada para pendakwah, sifat husnudzon itu amat penting. Bersangka baiklah terhadap saudara seagama kita, bukannya terus menghukum mereka. Kita bukannya tuhan untuk menghukum mereka. Kita cuma makhluk Allah yang mana nasib kita di akhirat kita sendiri tidak mengetahuinya
Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya diatas entry sebelum ini,yang mengguris perasaan sesetengah pihak, saya sedar ,saya tidak layak untuk menilai, saya sedar, saya juga manusia biasa yang tidak lari melakukan kesilapan.Saya sedar tidak seharusnya saya menulis perihal diri seseorang,
Hidayah itu milik alllah, seharusnya saya berdoa,bukan memperkatakan...seharusnya saya bersangka baik.