Followers hananmusleemah

Friday, October 1, 2010

Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah SWT




Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.
-(Hadis Riwayat Muslim)
-Bab Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah SWT.

Masturat-Dakwah Untuk Wanita

Assalammualaikum...lama sungguh tidak menulis entry baru...dek kerana kekangan masa yang semakin singkat..begitu lah masa di zaman, akhir zaman ini.semakin dikejar semakin cepat rasanya.sehari bagaikan satu jam, satu jam bagaikan satu saat..inilah yang dikatakan dunia akhir zaman,,,adakah kita telah bersedia , untuk hari esok…adakah cukup amalan kita,andai nyawa kita ditarik hari ini,petang ini atau malam ini tanpa kita sedar,,,ini semua rahsia allah..subhanallah…

Tertarik hati dengan buku Masturat-Dakwah Untuk Wanita,Sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang teman…Buku menceritakan tentang usaha dakwah bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga terhadap kaum wanita…ketika Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi rasul, wanita pertama yang beriman kepada beliau adalah siti khadijah r.a

Sungguh!!!!!...wanita yang hebat adalah seorang wanita yang menjalankan usaha dakwah disamping suaminya, yang bertindak sebagai penasihat kepada sang suami, pemangkin semangat kepada suami, pendidik kepada anak-anak,peneman di kala suami kesunyian ,,sungguh hebat peranan wanita..wanita juga dianggap mulia disisi allah… wanita yang solehah dapat melahirkan para solehin,para wali, para tabi’in…..

Wanita…jika menjaga aurat, jika menjaga akhlak,taat kepada perintah allah .kepada perintah suami,mudahnya ke syurga ..tapi jika tidak,,,betapa ramainya wanita yang menjadi penghuni neraka…subhanallah…secantik- cantik hiasan dunia ialah wanita solehah,,,tetapi sejauh manakah kesolehan kita???...sungguh kerdilnya diri ini…

Banyak sekali manfaat yag boleh kita ambil dari buku Masturat-Dakwah Untuk Wanita, bagi yang berminat ,sila lah beli k!!!! moga kita mendapat manfaat daripadanya wasalam.....