Followers hananmusleemah

Wednesday, June 8, 2011

24 Tahun Menumpang Di BumiNYA.

Bismillah walhamdulillah…

Hari berganti hari. Begitu pantas rasanya masa menginjak pergi. Amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, sebagai hambaNYA bagaimana pula? Kadangkala rasa tak terkejar waktu yang pantas berlari.


Adakah sekadar mahu melihat waktu berlalu sedangkan diri tidak mahu turut membuat langkahan?


Kini sudah 24 tahun. Di usia 24 tahun, diri ini kini seorang pekerja, seorang anak. Tentunya perlu disiapkan diri dengan kematangan, bekalan buat meneruskan kehidupan yang semakin banyak ujian dan dugaan. Semoga Allah permudahkan.

Angka 24 dilihat begitu besar. Sudah tuakah diri ini? Itu tak penting. Persoalan yang lebih penting, apakah dan berapa banyakkah amal kebaikan yang telah dilakukan selama 24 tahun? Allah…

Bertambahnya umur bermakna semakin dekat dengan kematian. Mesti terus mempersiapkan diri dengan bekalan untuk bertemuNYA. Semoga nikmat umur yang dikurniakan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Semoga terus ke arah redhaNYA, ke arah pengakhiran yang baik, husnul khatimah. Ameen…

"Sebaik-baik manusia itu adalah orang yang diberikan Allah umur yang panjang dan umur itu dikerjakan dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikan, dan seburuk-buruk manusia ialah orang yang diberikan Allah umur yang panjang tetapi dia pergunakanya membuat kejahatan." (Hr .Ahmad)



8 Jun 2011. Selamat hari lahir buat diri sendiri yang semakin tua!