Followers hananmusleemah

Friday, December 17, 2010

APA BEZA ANTARA KAWAN DAN SAHABAT?


Asssalammualaikum…Alhamdulillah, sebenarnya saya tak sabar untuk menulis artikel tentang sahabat dan kawan,jikalau sebelum ini saya lebih suka copy or paste mana2 artikel yang  saya rasa berkait rapat dengan kehidupan saya sendiri ataupun yang  saya rasa boleh dimanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca(itupun ad yang menjenguk blog saya J).saya bukanlah ad bakat penulisan seperti blogger yang lain, seperti,blogger “NOTA SIKU “yang orang kata ad” ayat power”,seperti” KAKALIAZUAN “setiap penulisan nya penuh manfaat,blogger “ZAINAB ZAKARIA “yang selalu sempoi bila menulis,penulisannya mengikut apa yang die rasa….

Wah panjang sungguh mukkaddimah saya,J,,,dah tersasar ni dari tujuan dan tajuk asal…saya begitu tertarik  dengan penerangan seorang ustaz tentang kawan dan sahabat,begitu detail beliau mentakrifkan tentang sahabat dan kawan..katanya SAHABAT adalah seorang yang menjalinkan tali persahabatan dan ukhwah atas dasar persaudaraan sesama islam dan semata2 kerana allah, manakala  KAWAN pula seseorang yang berkawan atas tujuan tertentu, atas tujuan untuk mengambil kesempatan ,atau atas tujuan untuk manfaat dirinya sahaja…mungkin ramai yang sudah tahu KAWAN itu  bagaimana dan SAHABAT itu bagaimana,maka tidak perlulah saya menerangkan dengan panjang lebar disini…

Tetapi apa yang saya ingin perkatakan ialah adakah kita ini sebagai manusia yang lemah,yang duduk di bumi milik allah ini,menjadi SAHABAT yang terbaik atau KAWAN yang terbaik…adakah kita ini,saling nasihat menasihati sahabat kita,adakah kita ini lebih suka jika kawan kita ini sesat?adakah kita ini kawan yang penuh dengan kepura-puraan?depan Nampak baik tapi belakang kutuk bagai nak rak?adakah kita ini sahabat yang selalu mendoakan kebaikan sahabat yang lain?

Tanya pada diri ”ADAKAH SAYA ATAU ANDA,ANDA,ANDA  TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat,alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda,beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda,anda…maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik,sahabat yang bersahabat kerana allah,sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,contohilah bagaimana sahabat2 dizaman  RASULLULLAH SALLAHALAIHIWASALAM..itulah yang dinamakan SAHABAT.

MAAFKAN sahabat saya atau sahabat anda sebelum tidur,supaya nanti hati saya,hati anda,anda,anda tenang…saya tidak mahu dilabel sebagai orang yang pandai nasihat dan pandai bercakap tetapi diri sendiri tidak betul…JADI N3 INILAH ADALAH UNTUK INGATAN DAN MUHASABAH KEPADA DIRI SAYA SENDIRI.

3 comments:

Bijen M. said...

Sahabat yang baik juga adalah seorang yang dapat menjaga aib sahabatnya sendiri.

Eh eh.
Awat Nota Siku ada ni?
Ha ha ha.
Blog picisan saja kot.
:D

aliaazuan said...

salam.

Sahabat yg trbaik utk kita ialah sahabat yang berusaha mengamalkan 6 sifat shbt R. anhum dlm kehidupannya...insyaAllah.

hidayu samsudin said...

SALAM TUAN BIJEN...

klau seseorang sahabat tu membuka aib seseorang yg lain,nk gelar ap pulak????

SALAM KAKALIAZUAN..

Benar sekali kak,beruntung dah bertuah jika kita dikelilingi dgn sahabat yg mngamalkan 6 sifat sahabat...

betul x kak,klau kita ingin menjadi soleh atau solehah berkawan lah dgn soleh dan solehah...:)