Followers hananmusleemah

Monday, January 10, 2011

wahai muslimah....amalan ketika haid



*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Selepas balik dr taklim semalam,ad sesuatu yg hendak dikongsikan disini...
Srikandiku, Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!


Wahai saudari-saudari muslimahku,
Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haid tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.


Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haid maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.


Wahai saudari-saudari seaqidahku,
Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.


Wahai srikandiku,
Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.


Wahai srikandiku,
Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w. amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.


Wahai saudariku,
Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.


Wahai saudariku,
Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan di rumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.


Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.


Ya ukhti,
Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempuh jalan mudah ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.


Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama.


Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain.


Wahai saudariku,
Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.


Ya ukhti,
Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.

8 comments:

z@i said...

allahuakhabar...


lembut sungguh perkataan mu di atas. menyentuh sanubari keperempuanan ku ini..

terima kasih atas peringatan ini. saya pon selalu ajer jadikan uzur sebagai pengahalang untuk beribadat.astaqfirullah..

Bijen M. said...

Insaf.
Nak trylah time period nanti.
Eh.
Tersilap jantina pula.

CS said...

salam,
hmmm mmg benar apa yg dinukilkan...hmmm sebenarnya ada zikir yg boleh kita amalkan semasa hari pertama kita haid & semasa masuk wktu solat...so no excuse utk bersenggang di wktu solat,,,setiap masa mesti ingat Allah,,,susah & senang,,, kan???

hidayu samsudin said...

salam..

zai..
allahuakbar...same2 ye zai..same2 kita mengingati..bkn awk je,ayu pon same..uzur tu jadikan alasan..:(:same2 ye perbaiki diri.

salam..
tuan bijen..

nak try?heheh
kongsikan bersama2 mahram tuan yg perempuan..insyaallah

wslm..
kak CS...moga sehat sentiasa dlm lindungan allah..benar kak,ad bbrapa zikir yg blh diamalkan...selain drpd tu kita boleh mndgr ayat2 suci alquran..niatkan sbgai zikir..betul x kak?(harap2 betul,klau salah tlg perbetulkan,:))yg penting sentiasa ingat allah

aliaazuan said...

Salam.

Bagus entrynye.
Allah dh bg klbihan mcm2 kt wanita ni sbnrnye. Ada hkmahnya. Jd walaupun period, guna la masa yg ada tu utk lakukan amalan2 spt yg dianjurkan. At least kita tkde rasa kosong hati, kosong jiwa.

hidayu samsudin said...

wasalam..

kakaliaazauan...
terima kasih ye kak...sbnarnya dpt ilham dr allah,tp asbabnya dr akak juga,lpas ayu tnye psl amalan psl haidh kt akak smlm ingt x?..n terpandang 30 juzuk cd alquran...

pastu terjumpa artikel ini,utk perkongsian dan utk peringatan utk ayu sndiri,n kpd muslimah yg lain...same2 kita amalkan...insyaallah

Bijen M. said...

Ehehe.
Baiklah insyaAllah.

cik areqil cik wok said...

as salam .. sekadar utk meleraikan keraguan..
1.adakah boleh seorang perempuan haid membaca al-quran dgn niat mengajar ank-ank membaca al-quran tanpa memegang al-quran tersebut?