Followers hananmusleemah

Thursday, February 24, 2011

Siapa kita untuk menilai!!!!

Assalammualaikum ....
Bismillahirahmannirahim...dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Sebenarnya dah lama saya tidak menulis sesuatu di teratak usang ni,lebih gemar menjadi "silent reader".dalam bahasa melayu orang cakap" pembaca senyap"..


Tetapi ada sesuatu yang ingin saya luahkan disini, mungkin erti kata yang sebenar lebih kepada perasaan tidak puas hati terhadap segelintir manusia yang selalu berprasangka tentang niat seseorang...siapa kita untuk menilai orang..adakah kita ini sudah cukup sempurna untuk melihat buruk orang....



Bukan untuk menunding jari tapi tidak sepatutnya hamba allah ni berkata begini..."malam ni jom ramai2 pergi karaoke",ala,pergi karaoke bukannya berdosa pun,bukannya bawa perempuan,bukan buat maksiat,orang yang pergi ke masjid tu ingat baik ke?,ada je yang mengumpat"...terkejut dengan kenyataan begitu malahan ada pula yang menyokong..subhanallah..


.“Janganlah kamu menurut golongan yang hatinya dilalaikan dari mengingati Allah dan hidup menurut hawa nafsu mereka” (Al-kahfi : 18)


Siapa kita ye untuk menilai baik buruk orang?,wahai tuan,puan yang berkata begitu,orang yang kemasjid tu,sudah tentu arahnya,untuk melakukan ibadat,adakah tuan, tahu niat seseorang itu?,sekurang-kurangnya yang ke masjid itu, sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba allah,hanya allah sahaja yang dapat menilai wahai tuan, tidak adil rasanya mereka diperkatakan sebegitu rupa.


“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).


Bukanlah tujuan saya untuk mencari salah tuan, tetapi sebagai hamba allah yang hina ini,tidak sewajarnya tuan berkata begitu,Saya tidak mengatakan tuan ke tempat berkenaan untuk berbuat maksiat,saya cuba positifkan tentang niat tuan, tetapi jangan mengadili seseorang dengan sesuatu yang buruk.Semoga allah memberi asbab hidayah kepada tuan dan puan sekalian....Saya bercakap sebagai pengajaran kepada diri saya,saya juga tidak lari dari melakukan kesilapan..Sememangnya fitrah sebagai manusia,  tidak sempurna,Tetapi apabila kita menyesali kesilapan tersebut, allah membuka pintu taubat yang seluas-luasnya kepada setiap hambanya...


Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53.





5 comments:

hawiz said...

siapalh kita...manusia..ckp lepas jer...

morsmode said...

kadang kadang akan ada masa kita perasan bagus dan betul.

ISK.

ahLia shahril said...

salam u

macam-macam kan kerenah org?

tapi wat dunno jer la..

moga kita tak terjadi begitu

insyaallah

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum kak ayu,(",)
Memg banyak dugaan kalau dah jadi manusia ni kan....
kadang-kadang best jugak kalau membayangkan jadi donut cokelat
(",)
Kita adalah khalifah kan kak Ayu?
Dah jgn sedih2....buang karen
(",)

hidayu samsudin said...

hawiz...
benar tu

matadore..
betul tu farha,tp kdg2 perasan bagus tu yang merosakkan..

zai..
wasalam u,
insyaallah zai,moga kita dijauhkan dri sifat2 sedemikian..

eh u,lame x story2..heheh

mard...

walaikumsalam adik mardhiah...
betul tu mard,kdg2 akak sendiri x sedar akak dh melakukan kesilapan,kdg2 akak x sedar ap yg akak ckpkan tu boleh mngguris hati org,istighfar2 byk ble tersedar,lemahnya iman...

sedih mmg sedih ble ad org berkata sedemikian..

benar sangat mard kita ad khalifah,khalifah yang memberi kesedaran kpd umat,mudah mudahan dgn adnya khalifah menjadi asbab hidayah pd seluruh alam..aminn..