Followers hananmusleemah

Wednesday, March 30, 2011

Wajah Cermin Hati


Assalamualaikum wbt.
Dalam dunia ini, semua orang mahukan kecantikan dan kelihatan cantik. Yang perempuan, mahukan wajah yang putih bersih, bentuk badan yang menarik, pakaian yang canggih-canggih, tudung yang berbatu-batu - agar nampak cantik di mata manusia. Yang lelaki, mahukan tubuh yang maskulin, rambut yang mengikut gaya dan fesyen terkini, bercermin mata hitam - agar wanita yang terpandang akannya, bergetar hatinya.

Kelakar kan?

Kalaulah mereka faham bahawa  kecantikan itu bukanlah pada paras wajah semata-mata. Cantik itu konteksnya sangat luas. Cantik itu membawa makna yang sangat subjektif. Manusia sering saja risau akan rupa paras yang dirasakan tidak cantik atau tidak menarik. Maka dicalitnya warna-warni seakan pelangi agar kononnya nampak menarik dan manusia lain lebih tertarik. Ah, calitan itu sebenarnya tidak pernah menambah kecantikan malah ianya satu penipuan yang hodoh. Cantik sangatlah tu?

Usah risau dengan rupa paras yang kurang menarik kerana ia bukanlah kayu ukur kecantikan.

Jadi, apakah kayu ukur sebenar?

Mari kita lihat hadis ini :

"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati kamu dan amalan kamu" (HR Imam Ahmad.)

HATI.

Hati itulah yang dipandang oleh Allah. Tidak kiralah siapa kita. Ratu cantik? Miss Universe? Pelakon? Pengacara? Si Bongkok? Si Hodoh? Tidak kira siapa.

Jadi, bodohlah bagi mereka-mereka yang menjaga rupa paras, wajah, pakaian, gaya, bentuk badan dan segalanya semata-mata memenuhi pandangan manusia. Bermodalkan berjuta untuk bersolek dan berfesyen, tetapi tiada harga di Mata Sang Pencipta. Rugikan? Rugi!


HATI. Ya,hati itulah yang dipandang oleh Allah. Sama ada elok mahupun cacat. Sama ada cantik atau hodoh. Kerana hati itu kunci jasad.

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah HATI" (HR Muslim.)

Lihat, hati itu bagaikan raja di dalam jasad. Jika elok raja tersebut, maka eloklah pimpinannya. Jika rosak raja tersebut, rosaklah keseluruhan pimpinannya.
Untuk menjaga jasad kita, kita perlulah menjaga hati. Jika inginkan wajah yang elok, elokkanlah hati. Jika inginkan akhlak yang cantik, cantikkanlah hati. Segalanya bermula dari hati.


Kenalilah hati kita dengan belajar, beramal dan mendampingi ulama'. Didiklah ia dengan Quran dan Sunnah. Berilah makan dengan berzikir dan mengingati Allah. Peliharalah ia dari hasutan syaitan. Buangkanlah karat-karat di hati agar peribadi kita berkilat tanpa karat. Sinarnya nanti, akan berkilau memancar dan memikat sesiapa sahaja.
Wajah itu cerminan hati.

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati. Tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan pada-Mu"

5 comments:

z@i said...

salam..

hati puteh muka pon 'puteh'

jadi nk puteh xyah pakai fair n lovely pon xpo.heee

hidayu samsudin said...

wasalam...

betul2...

selalu2 lah ambik wuduk,bykkan solat2 sunat,bce quran...insyaallah bercahaya2 wajah...

Norsha said...

Benar hanan,
hatilah yg lebih utama dr wajah...
bila hati bersih dan suci, berserilh wajah (Insyaallah)

aliaazuan said...

Salam.

Sifat baik, smua org suka skalipun wajah dia buruk.

kalau muka lawa , tp sifat tak trpuji Allah lg tak suka.

moga Allah ampun.

نور توفيقا said...

Assalam Kak Ayu..

Jom always amal doa tengok cermin. Pqa satu hari tengok cermin nak dekat 10 kali, tapi teringat baca 2,3 kali je:(

"Segala puji bagi Allah yang telah membaikkan kejadianku, lalu membaguskannya dan memuliakan rupa mukaku lalu mengindahkannya dan menjadikan daku dari golongan orang2 yang menyerah diri kepada Allah."

Amin..