Followers hananmusleemah

Tuesday, September 27, 2011

Ustazah Pilihan ; Andalah Yang Saya Cari



“Program ini cari populariti semata-mata”
“Dah macam program realiti je, ada singkir-singkir”
Saya melihat program Imam Muda ini bakal melahirkan barisan pendakwah yang mudah didekati oleh setiap lapisan masyarakat. Apabila seseorang itu dikenali (popular) dalam kalangan masyarakat, maka secara tidak langsung pembawakan golongan ini sedikit sebanyak mampu memberikan pendedahan mengenai Islam. Bergantung kepada niat dan matlamat kita sendiri.
USTAZAH PILIHAN ; ANDALAH YANG SAYA CARI
“Salam, kak, jangan lupa masuk ujibakat ustazah pilihan. Kalo xnak, AF pun ada”
Mahu saja saya menghantar SMS ini ke peti mesej telefon dia. Sedikit perli. Saya mahu apakah respon dia.
Video teaser Ustazah Pilihan sudah mulai ke udara sejak akhir-akhir ini. Rata-rata ramai memberikan komen berbentuk negatif. Mereka tidak bersetuju atas pelancaran program ini.
Adakah program Ustazah Pilihan ini sehebat program Imam Muda? Apakah format program yang dibawakan oleh pihak penerbit? Mereka mencari 10 orang peserta berbakat untuk menyertai program Ustazah Pilihan. Ada yang membanding-bandingkan program Ustazah Pilihan dengan Gadis Melayu. Sangat jauh perbezaannya (:
Sebahagian lelaki mungkin menganggap,
“Rancangan ni bolehlah cari-cari calon isteri” Namun bukan itu masalahnya.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, ini bukan program ‘gedik-gedik’ untuk populariti atau mencipta nama, sebaliknya ia berkaitan agama dan semua aspek penting harus diambil kira.
Saya tak kata pun program ini program gedik-gedik. Sangat comel panggilan itu. Saya kurang bersetuju antaranya :
Sekiranya Wanita Itu Sudah Berkahwin
Pihak Astro Oasis memaklumkan wanita yang layak adalah dari wanita muda berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun.
a) Sudah semestinya wanita tersebut berada dalam lingkungan usia yang muda. Apabila gambar mereka ditayangkan di facebook, di copy paste, sudah pasti ramai yang akan memberikan komen berdasarkan rupa paras peserta program tersebut.
“Comelnya ustazah ni”
“Untungnya suami ustazah dapat orang macam ustazah”
Apakah perasaan si suami apabila melihat gambar isterinya dipertonton, dan mendapat komentar(facebook) dari peminatnya. Itu perasaan suami.
b) Peserta program Ustazah Pilihan juga bakal menempuhi alam kesibukan yang nyata. Undangan ceramah di sana sini. Terikat dengan kontrak pihak astro (jika ada). Di mana ruang kemesraan di antara suami dan isteri kian renggang. Mula dah timbul fitnah di antara mereka.
c) Apabila sudah memasuki ke bidang penyiaran, alat solek pasti tidak boleh tinggal. Kamera produksi perlukan pencahayaan. 
Kalau sebelum masuk, tudung labuh, tudung bidang enam puluh. Takut-takut keluar nanti jadi tudung ala-ala Fareeda yang harganya berpuluh-puluh.
“Apalah ustazah ni, dulu lain sekarang lain” Fitnah mendatang. 
Mendengar suara pun, imam masjid boleh tersungkur inikan pula melihat wajahnya.
BERFIKIR DUA KALI
Sengaja untuk tidak saya kupaskan mengenai  wanita yang belum berkahwin. Kondisinya tetap sama. Cuma sedikit berlainan. Saya mengucap syabas kepada pihak astro Oasis kerana peka dengan masalah umat pada hari ini. Penerbitan program ini perlu diperhalusi sebenarnya, bukan melihat kepada matlamat semata-mata, tetapi melihat kepada bagaimanakah cara melaksanakan matlamat tersebut. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.
“Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengethuinya”
( Surah al-Baqarah : 42)

8 comments:

fuad ansari said...

alangkah baiknya jika ada rancangan..

Redha Allah: Andalah Yang Saya Cari.. (",)

CS said...

mari sama2 fahami konsep: MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA....sila yer~

*akk xpernah tgk pun,,,tp d la dgr org bercerita..kdg2 confuse apa yg mereka cari sebenarnya????

Norsha said...

setuju, sedikit sebanyak, tidak dpt lari juga dari segala yg tidak diingini....

Norsha said...
This comment has been removed by the author.
ahLia teeeetttttt..... said...

mcm xbest jer rancangan ni..

ader org berniqab pon masuk audition jgk. xpaham tol

Marina Ali said...

Salam dek,entahlah akak pun fening jugak...:(,n tak tahu nak komen apa,dakwah yang depan matapun tak terbuat...

Zul Fattah said...

tak pernah lg tengok rancangan ni.. best ke/?

نور توفيقة ادريس said...

Tak setuju (tak suka..) program ni..

Aisyah r.a yang mengajar para sahabat di sebalik tabir pun nangis2 everytime dia sampai pada ayat "dan tetaplah kamu diam di rumah"......

Padahal dia "expose" diri secara indirect dah dan untuk tujuan yang memang tak ada campur2 dengan perkara yang tak baik..

Apa lagi rancangan macam ni..

Yang pakai purdah join jugak, no comment:(