Followers hananmusleemah

Monday, March 7, 2011

Saya yang berasa bersalah...

Assalammualaikum.....Semoga berada dalam lindungan allah...


Sebagai manusia yang mangaku Islam, berbaik sangkalah kita sesama saudara seagama kita. Bukan kita yang menentukan sama ada seseorang itu masuk syurga atau neraka, tetapi Allah yang menentukannya. Hati manusia ini boleh dibolak-balikkan oleh Allah sekejap sahaja. Buanglah sikap kita yang sentiasa menghukum seseorang.


 Contohnya kita melihat orang yang meminum arak, lalu kita terus membuat kesimpulan bahawa dia akan ke neraka. Ingat, hidayah itu milik Allah s.w.t. Sepatutnya sebagai saudara mereka, kita perlu mendampingi mereka dan membimbing mereka kearah jalan yang diredhai Allah. Kepada para pendakwah, sifat husnudzon itu amat penting. Bersangka baiklah terhadap saudara seagama kita, bukannya terus menghukum mereka. Kita bukannya tuhan untuk menghukum mereka. Kita cuma makhluk Allah yang mana nasib kita di akhirat kita sendiri tidak mengetahuinya


**********************************************************************************************

Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya diatas entry sebelum ini,yang mengguris perasaan sesetengah pihak, saya sedar ,saya tidak layak untuk menilai, saya sedar, saya juga manusia biasa yang tidak lari melakukan kesilapan.Saya sedar tidak seharusnya saya menulis perihal diri seseorang,

Hidayah itu milik alllah, seharusnya saya berdoa,bukan memperkatakan...seharusnya saya bersangka baik.

8 comments:

fuad ansari said...

Bersangka baik <-- amalan baik yang sukar untuk dilaksanakan.. Kena selalu ingatkan hati..

Ya Allah, bantulah kami untuk selalu bersangka baik..

~aYeeN & SuE~ said...

bersangka baik itu perlu..tapi kita pon harus menegur dan membenci perbuatan mungkar yg jadi di depan kita...wallahualam..

morsmode said...

salam akak, nape akak rasa bersalah plak?
Mushkil~

umu6point said...

Assalamualaikum ayu..

emm...kadang kala tanpa kita sedar atau dengan kata lain, sudah menjadi kebiasaan kita untuk bersangka2 itu dan ini apabila menilai sesuatu perkara.. InsyaAllah kita usaha sungguh2 untuk berbaik sangka dengan orang lain walaupun ia adalah perkara yang sangat sukar seperti kata tuan fuad...

kena banyak tunaikan sifat ikram pada saudara kita..InsyaAllah, Allah bagi hakikat sangka baik ni pada kita:)

Marina Ali said...

Assalamualaikum...adek

sebagai manusia biasa memang kita tak pernah terlepas mengaku kesilapan,ingin akak kongsikan satu pengalaman akak...yang mana pernah ditasykil oleh seorang karkunah,yang mengatakan akak seorang yang tidak berhemah ketika berkata2....sebab akak tak khuruj lagi katanya...tapi akak tak kisah dan akak bersangka baik,n berlapang dada ketika dia tasykil akak dlm keadaan emosi tak stabil,maybe dia ada masalah...akhirnya family dia ditimpa musibah,tapi semua itu tidak menghalang family akak membantu familynya.Jadi moralnya sentiasalah berlapang dada bila ditegur,kadang2 teguran itu sebenarnya datang dari Allah, n sentiasa belajar ikram yang terbaik...:)

نور توفيقة ادريس said...

The one who deserve to judge the most is only Him..

Kita sama2 usaha untuk mendidik, dan elakkan untuk selalu menghakimi..

Insya Allah..

Bijen M. said...

Inilah yang dikatakan ikram muslimin.

hidayu samsudin said...

Tuan Fuad,
Benar tuan, kdg2 dh bersangka baik dah,tp syaitan cucuk2 hati ni,haisyh lemah tul iman ni....

Ya Allah, bantulah kami untuk selalu bersangka baik.

Su,
membeci perbuatan yg mungkar mmg perlu,tp sesama umat,kita bertanggugjawab mencegah kan?amal maaruf nahiya mungkar...:)

Farha,
wslm,
akak berasa terkesan n bersalah,krn seolah2 akak menuding sepenuh kesalahan ketas diri org tu..:(, x sepatutnya kan farha,perasaan tu ad...

wasalam kak umu...

Benar kak, sbg manusia mmg tidak lari dr berprasangka,tp knelah betul pd tmpatnya kan kak..

insyaallah kak, ayu kne byk blaja lg,kne byk korban lg..n kne byk tunaikan hak sesama muslim..mntak tunjuk ajar ye kak...

Kak marina,

terima kasih kak,atas nasihat,insyallah lepas ni kne lebih berhati2,teguran membina utk memperbaiki diri,insyaallah...

mntak tunjuk ajar ye kak,:)...

Piqa,
benar, allah yg layak untuk menghakimi dan mengadili, siapalah kita hamba yg hina ini....

Tuan Bijen..

ce cite mcm mne ikram muslimin yg berkesan???mntak tunjuk ajar...:)