Hari berganti hari. Begitu pantas rasanya masa menginjak pergi. Amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, sebagai hambaNYA bagaimana pula? Kadangkala rasa tak terkejar waktu yang pantas berlari.
Adakah sekadar mahu melihat waktu berlalu sedangkan diri tidak mahu turut membuat langkahan?
Kini sudah 24 tahun. Di usia 24 tahun, diri ini kini seorang pekerja, seorang anak. Tentunya perlu disiapkan diri dengan kematangan, bekalan buat meneruskan kehidupan yang semakin banyak ujian dan dugaan. Semoga Allah permudahkan.
Angka 24 dilihat begitu besar. Sudah tuakah diri ini? Itu tak penting. Persoalan yang lebih penting, apakah dan berapa banyakkah amal kebaikan yang telah dilakukan selama 24 tahun? Allah…
Bertambahnya umur bermakna semakin dekat dengan kematian. Mesti terus mempersiapkan diri dengan bekalan untuk bertemuNYA. Semoga nikmat umur yang dikurniakan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Semoga terus ke arah redhaNYA, ke arah pengakhiran yang baik, husnul khatimah. Ameen…
"Sebaik-baik manusia itu adalah orang yang diberikan Allah umur yang panjang dan umur itu dikerjakan dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikan, dan seburuk-buruk manusia ialah orang yang diberikan Allah umur yang panjang tetapi dia pergunakanya membuat kejahatan." (Hr .Ahmad)
8 Jun 2011. Selamat hari lahir buat diri sendiri yang semakin tua!
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)
Bismillahhirahmannirahim.....alhamdullilah.....syukur pada allah,memberi saya nyawa untuk hidup,...untuk mensyukuri segala nikmat pemberiannya..
Agak lama membiarkan blog tanpa sebarang catatan,sepi tanpa khabar,sepi tanpa berita,.. Pemergian Nenda tercinta cukup memberikan kesan....allah datangkan ujian tatkala sy sedang menanti hari -hari itu....Semoga ALLAH meletakkan nenek sy dikalangan org2 yg beriman..melapangkan kuburnya seperti berada di taman- taman syurga...YA ALLAH CUCURI RAHMAT KEATAS ROH RAHMAH BT ABD RAHMAN DAN KESEMUA ROH MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YG TELAH PERGI YA ALLAH...
Sehari sebelum pemergian nenek,allah memberikan sy kesempatan untuk bersama nenek,bertapa hati sy begitu meronta-ronta untuk menunggunya di wad..sempat membacakan ayat suci kepadanya,nenek mendengar dengan penuh tenang dan khusyuk,seolah2 itu kali terakhir nenek mendengar sy mengaji...dalam sakit, nenek gagahkan untuk bersolat,zikir tidak lepas dr mulutnya,tasbih sentiasa dipegang di tangannya..usai azan asar,nenek pergi menghadap ilahi .Allah lebih menyayanginya...kami redha dengan pemergianmu...
Assalamualaikum wbt. Dalam dunia ini, semua orang mahukan kecantikan dan kelihatan cantik. Yangperempuan, mahukan wajah yang putih bersih, bentuk badan yang menarik, pakaian yang canggih-canggih, tudung yang berbatu-batu - agar nampak cantik di mata manusia. Yanglelaki, mahukan tubuh yang maskulin, rambut yang mengikut gaya dan fesyen terkini, bercermin mata hitam - agar wanita yang terpandang akannya, bergetar hatinya.
Kelakar kan?
Kalaulah mereka faham bahawa kecantikan itu bukanlah pada paras wajah semata-mata. Cantik itu konteksnya sangat luas. Cantik itu membawa makna yang sangat subjektif. Manusia sering saja risau akan rupa paras yang dirasakan tidak cantik atau tidak menarik. Maka dicalitnya warna-warni seakan pelangi agar kononnya nampak menarik dan manusia lain lebih tertarik. Ah, calitan itu sebenarnya tidak pernah menambah kecantikan malah ianya satu penipuan yang hodoh. Cantik sangatlah tu?
Usah risau dengan rupa paras yang kurang menarik kerana ia bukanlah kayu ukur kecantikan.
Jadi, apakah kayu ukur sebenar?
Mari kita lihat hadis ini :
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati kamu dan amalan kamu" (HR Imam Ahmad.)
HATI.
Hati itulah yang dipandang oleh Allah. Tidak kiralah siapa kita. Ratu cantik? Miss Universe? Pelakon? Pengacara? Si Bongkok? Si Hodoh? Tidak kira siapa.
Jadi, bodohlah bagi mereka-mereka yang menjaga rupa paras, wajah, pakaian, gaya, bentuk badan dan segalanya semata-mata memenuhi pandangan manusia. Bermodalkan berjuta untuk bersolek dan berfesyen, tetapi tiada harga di Mata Sang Pencipta. Rugikan? Rugi!
HATI. Ya,hati itulah yang dipandang oleh Allah. Sama ada elok mahupun cacat. Sama ada cantik atau hodoh. Kerana hati itu kunci jasad.
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah HATI" (HR Muslim.)
Lihat, hati itu bagaikan raja di dalam jasad. Jika elok raja tersebut, maka eloklah pimpinannya. Jika rosak raja tersebut, rosaklah keseluruhan pimpinannya.
Untuk menjaga jasad kita, kita perlulah menjaga hati. Jika inginkan wajah yang elok, elokkanlah hati. Jika inginkan akhlak yang cantik, cantikkanlah hati.Segalanya bermula dari hati.
Kenalilah hati kita dengan belajar, beramal dan mendampingi ulama'. Didiklah ia dengan Quran dan Sunnah. Berilah makan dengan berzikir dan mengingati Allah. Peliharalah ia dari hasutan syaitan. Buangkanlah karat-karat di hati agar peribadi kita berkilat tanpa karat. Sinarnya nanti, akan berkilau memancar dan memikat sesiapa sahaja. Wajah itu cerminan hati.
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati. Tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan pada-Mu"