Followers hananmusleemah

Thursday, February 17, 2011

UJUB ZAMAN MODEN



Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Alllah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat,untuk menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama dari orang lain,berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti " Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia ..."

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh -contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. BLOG & FOLLOWERS

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan ' blogger '. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun followers yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan ' followers ' menyebabkan diri mereka terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya ' followers '. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan ' followers ' atau seronok kerana melihat JUMLAH ' followers ' yang banyak ?

2. ' Like ' di FACEBOOK

Post ' status ' di laman sosial Facebook. Ramai pula yang yang tekan ' like '. Apabila ramai yang ' like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas ! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindak balas yang memberangsangkan pada ' post ' kita di facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen gambar di facebook

Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak , ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian,mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

5. Ramainya Kawan / peminat di Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,malah jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati !

6. Berdakwah di facebook

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah di tengah-tengah rakan facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Yang dibimbangkan di sini,apabila kita berdakwah , kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie !

Jadi, berhati-hatilah dengan hati ! Semoga kita dilindungi Allah drpd penyakit2 hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izin- Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ♥

Tuesday, January 25, 2011

.....?????............

YA ALLAH, YA RABB....
ADAKAH KU KUAT UNTUK MENGADAPI SEMUA INI..
TETAPKAN HATIKU.....
KEKALKAN KU DALAM USAHA NI YA ALLAH...
JANGAN KAU PALINGKAN HATIKU...
MUDAHKAN SEMUANYA YA ALLAH....

Monday, January 10, 2011

wahai muslimah....amalan ketika haid



*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Selepas balik dr taklim semalam,ad sesuatu yg hendak dikongsikan disini...
Srikandiku, Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!


Wahai saudari-saudari muslimahku,
Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haid tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.


Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haid maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.


Wahai saudari-saudari seaqidahku,
Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.


Wahai srikandiku,
Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.


Wahai srikandiku,
Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w. amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.


Wahai saudariku,
Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.


Wahai saudariku,
Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan di rumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.


Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.


Ya ukhti,
Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempuh jalan mudah ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.


Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama.


Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain.


Wahai saudariku,
Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.


Ya ukhti,
Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.

Thursday, December 23, 2010

Saya dan Encik Iman


Perbualan ini saya ambil di sini untuk peringatan buat sahabat dan yang terutama sekali diri saya sendiri. Renung2kan dan selamat beramal:)



Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.

Friday, December 17, 2010

APA BEZA ANTARA KAWAN DAN SAHABAT?


Asssalammualaikum…Alhamdulillah, sebenarnya saya tak sabar untuk menulis artikel tentang sahabat dan kawan,jikalau sebelum ini saya lebih suka copy or paste mana2 artikel yang  saya rasa berkait rapat dengan kehidupan saya sendiri ataupun yang  saya rasa boleh dimanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca(itupun ad yang menjenguk blog saya J).saya bukanlah ad bakat penulisan seperti blogger yang lain, seperti,blogger “NOTA SIKU “yang orang kata ad” ayat power”,seperti” KAKALIAZUAN “setiap penulisan nya penuh manfaat,blogger “ZAINAB ZAKARIA “yang selalu sempoi bila menulis,penulisannya mengikut apa yang die rasa….

Wah panjang sungguh mukkaddimah saya,J,,,dah tersasar ni dari tujuan dan tajuk asal…saya begitu tertarik  dengan penerangan seorang ustaz tentang kawan dan sahabat,begitu detail beliau mentakrifkan tentang sahabat dan kawan..katanya SAHABAT adalah seorang yang menjalinkan tali persahabatan dan ukhwah atas dasar persaudaraan sesama islam dan semata2 kerana allah, manakala  KAWAN pula seseorang yang berkawan atas tujuan tertentu, atas tujuan untuk mengambil kesempatan ,atau atas tujuan untuk manfaat dirinya sahaja…mungkin ramai yang sudah tahu KAWAN itu  bagaimana dan SAHABAT itu bagaimana,maka tidak perlulah saya menerangkan dengan panjang lebar disini…

Tetapi apa yang saya ingin perkatakan ialah adakah kita ini sebagai manusia yang lemah,yang duduk di bumi milik allah ini,menjadi SAHABAT yang terbaik atau KAWAN yang terbaik…adakah kita ini,saling nasihat menasihati sahabat kita,adakah kita ini lebih suka jika kawan kita ini sesat?adakah kita ini kawan yang penuh dengan kepura-puraan?depan Nampak baik tapi belakang kutuk bagai nak rak?adakah kita ini sahabat yang selalu mendoakan kebaikan sahabat yang lain?

Tanya pada diri ”ADAKAH SAYA ATAU ANDA,ANDA,ANDA  TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat,alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda,beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda,anda…maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik,sahabat yang bersahabat kerana allah,sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,contohilah bagaimana sahabat2 dizaman  RASULLULLAH SALLAHALAIHIWASALAM..itulah yang dinamakan SAHABAT.

MAAFKAN sahabat saya atau sahabat anda sebelum tidur,supaya nanti hati saya,hati anda,anda,anda tenang…saya tidak mahu dilabel sebagai orang yang pandai nasihat dan pandai bercakap tetapi diri sendiri tidak betul…JADI N3 INILAH ADALAH UNTUK INGATAN DAN MUHASABAH KEPADA DIRI SAYA SENDIRI.

Monday, December 6, 2010

AMALAN DI BULAN MUHARRAM




Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah(Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu) Baca doa awal tahun -Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)

1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.


16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)
Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6. Menziarahi rumah orang alim.




7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata




10. Menziarahi kaum keluarga

11. Mengerat kuku

12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2)
(Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)
Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.



14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.




15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam


syurga.

16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

Fadhilat Bulan Muharram
Amalan pada 1 hingga 10 Muharram




1. Kelebihan & Amalan pada Hari Assyuuraa' 2. Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.

· Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',

dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;

Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;

Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;

Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata;

Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

· 1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.

2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir'aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa' .. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.

· 1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

2. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
3. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
4. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
5. Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
6. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
7. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
8. Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
9. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
10.Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.

2. Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Sayugianya pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa-doa yang berikut;

1. Doa akhir tahun dan awal Muharram (Sila klik pada tempat ini untuk melihat doa tersebut)

2. Selepas sholat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Sila klik di sini untuk melihat doa tersebut.

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dulaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.


Catatan dan Kiriman seorang hamba Allah. Semoga diberkati

Dibawah ini ada beberapa hadith dan nota-nota yang baik yang dapat dikutip buat renungan dan panduan kita bersama. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan yaitu Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa
berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

tambahan satu lagi bahan -

NOTA KULIAH

1. Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:

· - Malam Awal Muharram

- Malam 10 Muharram
- Malam Awal Rejab
- Malam 15 Rejab
- Malam 27 Rejab
- Malam 15 Sya'ban
- Malam Arafah
- Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
- Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail - Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir

2. Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

3. Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

o ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram

ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Wednesday, December 1, 2010

Adakah kita Umat Terpilih?

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu' sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu' sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan 'lailahaillallah"
(hadis sumber daripada A'isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu' sumber daripada 'Ata')

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu' riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas'ud)

seronoknya seperti burung-burung yang berterbangan bebas...
Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu': "Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya."

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.